Majalah Taqwa 2010 Versi Digital

Sekarang anda boleh download majalah SMKAM 2011 via internet, klik sini segera

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Tuesday, May 24, 2011

catatan taubat

Setiap manusia punya hari-hari yang bermakna bagi diri mereka. Tarikh lahir, ulang tahun perkahwinan, hari pertama masuk university; semua itu direkodkan dan dijadikan ingatan untuk kemudian hari.

Sambutan akan diadakan, samada kecilan atau besar-besaran, bergantung kepada individu tersebut. Yang penting, sesuatu akan dilakukan pada hari ‘peringatan’ tersebut.

Namun, pandangan saya mungkin berbeza.

Bukan sengaja untuk berbeza, tapi hakikatnya perlu direnungi semula.

Hari yang bermakna ialah hari ini; hari yang saya, kamu, dia dan mereka, masih menghirup udara rahmat dari Tuhan Sekalian Alam.

Manusia lupa, bahawa diri mereka sentiasa diselubungi noda dan dosa. Samada kita sedar atau tidak, hari-hari yang telah kita lalui tidak pernah kontang dengan lumpur dosa sesame manusia, lebih-lebih lagi dengan Tuhan saya, kamu dan mereka. Ya, Tuhan yang Esa, Allah subhanahu wataala. Mengaku sahaja, yang menulis ini juga masih gagal dalam memperkasakan ruhiy untuk memerangi gejolak nafsu yang sentiasa seruannya itu menghala kearah gelap yang hitam lagi pekat.

Kerana itu, mauidzah hukama wajar dijadikan pedoman. Berkata hukama, hidupnya kita hari ini bukan kerana sihatnya tubuh badan kita, kerana syarat mati bukannya sakit tenat. Bukan juga kerana mudanya umur kita, kerana syarat mati juga bukan semestinya tua bangka. Akan tetapi, hidupnya kita pada hari ini kerana kasih sayang Allah kepada hambaNya, yang masih lagi memberi peluang kepada jiwa-jiwa hamba untuk memohon ampun dan taubat kepada Allah diatas segala kesalahan yang dilakukan.

Sayangnya Allah itu kaitannya dengan kepentingan kita, bukan kepentingan Allah, kerana Tuhan tidak pernah berhajat kepada hamba.

Kita yang perlu bersegera meminta maghfirah daripadaNya.

Biarpun terpaksa merangkak, mengesot.

Kerana apa guna hidup mewah, jika tidak digunakan untuk jalan Allah?

Apa guna berpakaian indah, jika hanya meraih pandangan liar lelaki dan syaitan manusia?

Apa guna berbicara, kalau gerakan bibirnya hanya untuk merakus nafsu dunia?

Dan apa guna hidup, jika murka Allah yang diperolehnya??

Monday, May 23, 2011

Mega Alumni 2011 kembali

Tuesday, May 17, 2011

Kutiplah Hikmah itu (1)





Assalamualaikum, salam perantau malam.

Catatan ringan ini sekadar menukilkan bicara yang terpendam dalam seminggu lebih. Waktu itu, kesibukan menyiapkan kertas kerja dan persediaan untuk menghadapi imtihan (peperiksaan) mengekang masaku untuk menulis walaupun sedikit.

Waktu ini juga, sebahagian besar sahabat sekuliah (fiqh dan fatwa) sedang menikmati safar ilmi ke sebelah utara. Moga-moga safar mereka mampu merubah fikrah dan jiwa. Daripada tumpul kepada tajam, daripada kosong kepada 'mulim' (penuh) dengan pengalaman dan pengetahuan.




Waktu ini juga, sahabat seperjuangan yang lain giat dengan aktiviti kemasyarakatan. Facebook menjadi tempat utk melihat sahabat bergerak laju menerjah sisi gelap dan kelam masyarakat, membawa obor dan cahaya dakwah. Moga kerja buat kalian dirahmati Allah.

Aku pula, masih di sini. Di hadapan laptop separuh nazak (patah sebelah kiri), namun masih gagah untuk meninjau dunia tanpa sempadan, mencari isu-isu serta khabar berita yang saban hari punya coraknya yang tersendiri. Ada yang menarik, tidak kurang juga yang meloyakan. Hakikat zaman sekarang yang semakin parah dan tenat. Maka, berpeluk tubuh bukan satu keputusan tepat, sesuatu perlu dilakukan dengan cepat dan tepat.

Sekilas ke belakang: mengutip hikmah di perjalanan.

Jari jemari terasa kebas apabila lama sudah tidak mengisi ruang maya ini. Aku masih ingat, tekadku untuk mengisi ruang kecil ini untuk tujuan kebaikan semata, dan kebaikan itu biar Allah sahaja yang menilainya. Setiap baris yang ditulis, aku cuba ingatkan diri, bahawa tiada yang akan menanggung akibat daripada penulisan ini melainkan diriku sendiri. Itulah pentingnya nilaian dosa pahala sehari-hari, agar hidup kita sentiasa terang dengan cahaya petunjuk Ilahi.

Semester pengajianku sudah memasuki tahun ketiga semester ke lima. Hampir tiga tahun aku berkelana di bumi Nilai, cuba untuk menekuni ilmu dan menimba pengalaman. Pernah dulu, diriku kecewa kerana tidak dapat menyentuh pasir dan debu bumi Kinanah, namun takdir Allah itu tidak sia-sia. Sungguh, jiwaku semakin terisi dengan pelbagai ilmu dan pengalaman, serta hikmah yang dikutip sepanjang perjalanan ini.

Ya, di sana ada hikmahnya.
aku cuba untuk mengutipkan.
aku kutip, ku susun. Dan aku persembahkan kepada kalian.

Kutiplah akan ia.

Seingat ingatan aku, subjek ICT menjadi subjek yang kontroversi, melahirkan stigma negatif kepada beberapa golongan manusia. Presepsi negatif tentang subjek ini mengacau jiwa disebabkan subjek elektif pilihan tidak diterima.

Namun, setiap sesuatu pasti ada hikmahnya. Aku cuba menyelongkar, dan syukur aku berjumpa dengannya.

Guru kami, walaupun sederhana pakaiannya dan cengkung matanya, masih tetap mengajar kami dengan cara yang kami selesa. Tidak dinafikan, dengan istilah-istilah yang aneh, sistem yang bersimpang siur memenatkan otak untuk terus berfikir; tambahan waktu belajarnya ialah waktu manusia bersiap-siap untuk ke masjid solat Maghrib (6.00-10.00pm). 'Sistem' otak kami hampir sahaja mengalami 'system down'.

Hikmah yang aku dapat; walaupun kita berurusan dengan sistem, kita masih lagi berurusan dengan manusia biasa. Maka, sebolehnya cubalah untuk memahami golongan tersebut, sebelum kita minta untuk difahami. 'Seek to understand, then to be understood'- pesannya kepada kami. Bicaranya berbeza, namun hikmahnya begini. Dan aku cuba mulakan dengan diri sendiri.

"you all perlu menguasai beberapa perkara ini, supaya you all adasomething.. ada value kat situ.."
"saya ajar kamu ini bukan untuk exam, tapi at least kamu dapatknowledge ini"

Hikmahnya ringan, namun cukup untuk berbekas dalam hati aku. aku akan cuba amalkannya.

Subjek yang dinanti-nanti oleh pelajar akhirnya kunjung tiba pada semester lepas:- fiqh munakahat. Sudah namanya darah orang muda mungkin, pantang dengar nama 'munakahat', celik sahaja mata.

Pengajiannya sangat menarik.
Hikmahnya juga berat.

Apabila mengingatkan muhadharah (kuliah) guru kami, ditambah dengan bacaan nota dan kitab, menambahkan gelisah dan resah untuk berkahwin.
Tiada niat untuk menolak sunnah, namun apabila dilihat dengan kudrat diri dan ilmu yang ada, sangat cetek untuk dibawa dalam alam rumah tangga nanti.
Jangan difikir indahnya hari perkahwinan itu, namun fikirkanlah perjalanan bahtera setelah berlalunya 'raja sehari' itu..

Kelas halaqah dengan guru kami, Dr. Saiful Daulah pula sangat mengujakan. Keterujaanku sehinggakan tidak pernah aku uzur daripada kelasnya. Berbekalkan matan Abi Syuja', guru kami petah dengan bicaranya, menghuraikan tiap-tiap baris kalimah di dalam kitab. Kami tekun mendengar bacaan rakan sekelas, sesekali tergelak kecil kerana ditegur lantang oleh Ustaz.

Alangkah hebatnya, satu semester kami menekuni karya Abu Syuja' tentang solat, namun tidak sempat habis. Huraian Ustaz pula mendalam, ditambah dengan pelbagai soalan furu' oleh rakan sekelas, menambahkan rasa jahil diri. Yang paling aku cemburu, tatkala guru kami menceritakan perihal khusyuk dalam solat, beliau senyum manis menghuraikan manisnya khusyuk dalam solat. Sangka baikku, tentu beliau merasainya.
Hikmah itu akanku simpan, iaitu penekanan tentang solat denga cermat dan tekun menghayati tentang segalanya dalam solat, semoga berjaya mendapat Al-Firdaus sepertimana dihuraikan dalam muqaddimah surah al-mukminun.

-bersambung-

Jangan Jadi Lilin

Artikel diambil daripada Saifulislam.com. SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU-GURU DI SEMEKAM. :)

“Jadilah lilin… yang membakar diri untuk menerangi… berkorban diri demi kebaikan orang lain!” itulah ungkapan ‘indah’ yang sering disebut orang kita.

Guru umpama lilin.

Kekasih umpama lilin.

Dan pelbagai siri lilin yang lain, terbakar diri untuk memberi.

Simbol pengorbanan.

LIKU DAKWAH

Dakwah adalah jalan yang penuh liku. Dari ujian kesusahan, hinggalah kepada ujian kesenangan malah kejemuan. Dakwah adalah wasilah Tarbiyah yang ertinya pada seni membentuk manusia. Tatkala usaha itu bersabit dengan manusia, banyaklah sakitnya berurusan dengan manusia.

Semuanya ditempuh oleh pendakwah, demi matlamat Tarbiyah yang dijunjungnya, pada seni membentuk manusia.

“Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu”

Justeru kesakitan yang dialami oleh pendakwah adalah pada menggauli manusia, sebelum kesakitan berbentuk ujian yang datang dan pergi pada tabiat jalan dakwah.

Dakwah itu perjuangan. Perjuangan seiringan dengan pengorbanan.

JANGAN JADI LILIN YANG TERBAKAR

Dakwah boleh menyinar segar kehidupan manusia yang diseru, mengeluarkan manusia dari gelap kepada cahaya. Jalannya payah dan perlukan sabar, ketika sabar itu digelar Nabi SAW sebagai sinar mentari. Sumber kebaikan, sumber kehidupan, namun sinar hanya datang dari bakaran yang bukan sebarangan.

“… dan sabar itu adalah sinar”

Jika dakwah itu membawa sinar, maka sinar itu jugalah yang perlu dijaga. Usaha menyinari manusia dan alam, terlalu mudah membakar diri orang yang menyerunya sendiri. Manusia penyeru boleh terbakar bukan kerana berkorban, tetapi terkorban kerana hilang kepedulian terhadap tuntutan ke atas diri sendiri. Mengajak orang kepada kebaikan, tetapi membiarkan diri musnah tanpa kebaikan yang sama.

“Pendakwah seperti lilin”… mungkin bukan perumpaan yang hikmah.

Ingatlah pesan Nabi Sallallaahu ‘alayhi wa sallam, agar jangan sewenang-wenangnya kita mahu menjadi lilin:

“Perumpamaan orang yang mengajar orang ramai kebaikan tetapi melupakan dirinya sendiri adalah seperti lilin yang memberikan cahaya ke atas orang lain dan (dalam masa yang sama) membiarkan dirinya terbakar”

Lilin itu menyinar. Tetapi sinarnya hasil terbakar diri. Ia menghasilkan manfaat buat orang lain, tetapi membiarkan diri binasa. Ia membekalkan kebaikan yang dimanfaatkan oleh semua orang kecuali dirinya sendiri. Manusia lain mendapat kebaikan darinya, tetapi dirinya sendiri hancur binasa.

Lilin tidak sedar ketika sibuk menghasilkan cahaya, dirinya sendiri menuju gelita, fana’ dan binasa.

JADILAH LAMPU PELITA YANG MENYINAR

Justeru Baginda Sallallaahu ‘alayhi wa sallam berpesan dengan pesanan yang menampakkan ketelitian pada bicara dan makna, lantas bersabda:

“Perumpamaan seorang yang berilmu yang mengajarkan kebaikan kepada orang ramai, dan melupakan (kepentingan-kepentingan) dirinya adalah seperti lampu pelita yang memberikan cahaya untuk manusia dan membakar dirinya”

Harusnya pendakwah dan pendidik itu jadi pelita.

Gelaran Nabi Sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada mereka adalah si ALIM, bukan sekadar seorang manusia. ALIM itu sandarannya ilmu. Tahu ilmu mendidik orang, tahu ilmu mendidik diri.

Perumpamaan yang baik itu ditujukan kepada seorang alim yang muallim. Seorang yang bukan sekadar tahu-tahu kemudian menyibukkan diri memberitahu, lalu mudah alpa ke atas diri sendiri. Sesungguhnya manusia seperti inilah yang sering menjadi lilin.

Akan tetapi lampu pelita menyinarkan cahaya untuk orang lain, dengan apa yang ada pada dirinya. Dirinya diberikan hak seperti yang sepatutnya, agar boleh terus bekerja dan berusaha. Ilmunya, masanya, tenaganya, semua ini menghasilkan sinar. Yang dikorbankan adalah kepentingan-kepentingan diri yang merugikan, bukannya terkorban diri kerana sibuk memberi. Terbakar itu adalah pengorbanan diri dan bukannya mangsa korban diri,

Merekalah manusia yang hidupnya dengan ilmu itu adalah untuk memberi, hidup bukan untuk diri sendiri.

PESANAN BUAT LILIN

Justeru bagi sekalian yang alpa menjadi lilin, janganlah dirimu terang sebatang hanya sepetang. Engkau harus berusaha menjadi lampu yang sentiasa mengisi diri dengan bahan bakar untuk terus bercahaya. Terbakarnya berterusan menghasilkan kebaikan, dan terus menerus berkorban, bukannya tamat kerana mangsa korban… korban sendiri yang alpa terhadap diri.

Manusia yang tidak memiliki, adalah manusia yang alpa diri, tidaklah dia mampu hidup memberi.

Banyakkan usaha mencari, sebanyak cita-citamu untuk memberi.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Friday, May 13, 2011

BBQ REUNIONKU

Assalamualaikum semua..(n_n”



Untuk pengetahuan semua, masa reunion nanti, InsyaAllah kita akan berBBQ ghama2. Seronok?

Teringat masa BBQ waktu lepas habis exam SPM BATCH 2008 dulu. Ado hok bakar aye, ado hok bakar hotdog. Time tu huje. Tapi dengan semangat yang membara kami teruskan jugok bakar aye. Sep kito bakar aye depe pintu masuk dewan sekolah. Meme syiok la! Terasa ukhuwah satu batch. Tok kiro doh kelas mano pun. Pakat bakar aye blako..(n_n”



Jadi, kalu nok raso keseronokan berBBQ ghama2, jomlah kito join reunion terbesar dan pertama kali diadakan oleh ALUMNI SMKAM! InsyaAllah!

kite bako je!!

Tentatif yang dah di postkan dulu akan diedit sedikit untuk pembetulan tentang masa berBBQ. Ada sedikit kesilapan. Jadi minta semua ‘hadirin’ lihat semula TENTATIF PROGRAM REUNION. Asif ‘ala kulli hal..

Saturday, April 30, 2011

Suburkan Nilai Ukhwah...



Assalamualaikum, salam kepada penghuni bumi..

Insan Agung, Muhammad s.a.w pernah berpesan kepada kita umat islam:

"tidak beriman (tidak sempurna iman) seseorang itu sehinggalah dia mengasihi saudara seislamnya, sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri"- mafhum hadis nabi s.a.w.

Hadis nabi itu mendalam maknanya. Kalamnya bukan kalam biasa, semuanya wahyu dari Ilahi.

Pesanan Rasulullah itu perlu diteliti. Kaitannya bukan dengan perkara material, ini kaitannya dengan iman manusia, yang terbit hasil dari pasakan di dalam hati, untaian kata-kata kebenaran dari lisan serta pengamalan yang sunni dengan tubuh badan. Gabungan tiga serangkai yang tidak dapat dipisahkan bagi setiap insan yang bergelar mu'min.

UKHWAH DAN IMAN

Kasih mengasihi, cinta mencintai adalah buah-buah persaudaraan (ukhwah) yang sentiasa disemai dalam dada-dada pencinta dan pejuang islam. Ukhwah di dalam Islam itu merupakan jalinan yang menghubungkan sebahagian dengan sebahagian umat Islam yang lain di setiap penjuru dunia. Setiap kita mempunyai abang, kakak, adik yang tidak pernah bersentuh kulit pun dengan kita, akan tetapi jiwa mereka dan kita diikat dengan satu ikatan persaudaraan yang begitu kukuh sekali.

Ia bukan ikatan zahiriah. Ia ikatan rabbaniah- ikatan yang ditaut atas dasar ketaatan kepada Allah, yang mengikat hati-hati kita dan mereka kepada Allah Subhanahu wata'ala. Ketaatan itu dilihat berasaskan sejauhmana nilai seorang hamba betul-betul diteliti dalam kerja buat kita sehari-hari. Kerja buat kita bukan hanya 5kali sehari solat fardhu itu-bahkan nilai khusyuk dalam solat juga masih gagal untuk kita perolehi-, namun segala aktiviti hidup kita juga merupakan ibadah yang bersifat umum. Makan, minum, berjalan, berbual, melihat dan merasa, semuanya itu sepatutnya digerakkan atas dasar kesedaran manusia sebagai seorang hamba yang senantiasa beribadah kepada Tuhan yang Maha Kuasa.

Begitu juga dengan ukhwah yang sememangnya buah keimanan hasil dari ketaatan manusia terhadap Syariatullah. Benarlah pesanan Baginda s.a.w, iman seseorang itu tidak sempurna jika penghayatan terhadap ikatan persaudaraan hambar dalam jiwa manusia bernama muslim yang mu'min.

Lalu, dimanakah prinsip yang perlu dihayati untuk mengekalkan kemanisan ukhwah itu?

Suburkan nilai ukhwah...

Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
"Jangan kamu dengki-mendengki, jangan kamu meminta membeli dengan harga yang tinggi bukan dengan tujuan membelinya, tetapi untuk menipu orang lain dan memudaratkan mereka, jangan kamu benci-membenci, jangan kamu belakang-membelakangi, jangan kamu menjual di atas jualan orang lain, dan jadilah kami hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang mukmin adalah saudara kepada mukmin yang lain. Dia tidak menzalimi saudaranya, tidak membohonginya dan tidak menghinanya. Takwa itu disini-sambil menunjukkan ke dadanya sebanyak tifa kali. Seseorang itu sudah dianggap berdosa jika menghina seislamnya. Tiap-tiap orang muslim itu atas saudaranya adalah haram: darahnya, hartanya dan maruahnya."*

Hadis ini mengandungi hukum-hukum dan faedah-faedah yang besar untuk mencapai matlamat yang murni dan menjaganya daripada segala kekurangan atau kecacatan supaya kalimah ukhwah itu tidak hanya dijadikan sebagai slogan laungan manusia dan khayalan mereka sahaja, sedangkan mereka tidak dapat menghayatinya dalam realiti kehidupan.

Tidak peliklah jika Imam An-Nawawi berkomentar dalam kitabnya al-azkar tentang hadis ini: "Amat besar manfaatnya dan amat banyak faedahnya".

Nyata, ukhwah yang sering kita laung-laungkan itu bukan mainan kata semata, ini berkaitan dengan iman, prinsip serta pegangan aqidah kita sebagai muslim.

Persaudaraan ialah saudara iman, dan perpecahan ialah saudara kufur. Tinggalkanlah debu-debu dosa terdahulu, ia mengotorkan iman kita yang lemah ini. Jalinkanlah ikatan ukhwah dengan prinsip nubuwwah, walaupun mata tidak pernah bertentang. Semaikanlah nilai itu bermula dengan diri sendiri, hati yang suci mampu menyuluh hidayah kepada jiwa yang lesu.

Aku di sini, sentiasa mendoakan kesejahteraan abang, adik, kakak, ibu, bapa, di sana, walau kita tidak pernah bersua.

6.55|c8-4-3 KKDJ
-merubah sempadan diri-

*rujuk kitab 'hadis-hadis peringatan buat umur insan', karangan guru kami Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Tuesday, April 26, 2011

TENTATIF PROGRAM REUNION.

Ni tentative program reunion kito..^^

9.00 pg   : pendaftaran
10.00 pg : PERASMIAN
o   Bacaan ayat suci al quran
o   Ucapan pengarah program
o   Ucapan pengerusi alumni
o   Ucapan perasmian pkko

11.00 pg : TAKLIMAT PROGRAM                                                                                                                                                
o   Atucara dan etika

11.20 pg : MODUL  1
o   Halaqoh mengikut batch

12.30 tghari : MAKAN
o   Solat zohor
o   Khidmat diri

2.30 ptg : MODUL 2
o   Sharing moment

4.30 ptg : SOLAT ASAR BERJEMAAH DAN BACAAN MA’THURAT
o   Minum petang
o   Acara bebas- riadah santai
o   Khidmat diri

7.30 mlm : SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH
o   Tazkirah (ustaz Ahmad)
o   Solat isya’

9.00 mlm : BERKUMPUL DI DEWAN
               o KETIBAAN VIP DAN SEMUA CIKGU TERCINTA…(n_n” 
o   UCAPAN Wakil cikgu
o   UCAPAN Pengetua SMKAM
o   PENYAMPAIAN CENDERAHATI kepada Pihak sekolah

9.30 mlm : BBQ
  
11.30 mlm : BERSURAI

Untuk modul, kita akan ‘rahsiakan’ buat masa sekarang. Hehe.. Jangan lupa join program ni ye. SERONOK dapat kumpul ramai2!

LETS JOIN US!!
AND US TOO!!
GROUP NI PUN BOLEH DATANG JUGOK...(n_n" dont shy2!



Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More